Pages

Tuesday 27 November 2012

Si Genius anai-anai

Assalamualaikum !

Ana uhibbukum fillah. Ana....ok2. enough.


Lagi seminggu je bakal meninggalkan rumah. Sangat extra-excited  sebab aku memang suka duduk jauh-jauh ni. Duduk Klang hampir dua tahun pun adalah satu perkara yang menyeronokkan. Setiap kali cuti ada je aku nak join program itu-ini anjuran sekolah. Bukanlah kata tak balik langsung. Tapi kalau aku balik cuma ngadap TV, tido, online dan buat perkara ntahapahapantah baik aku stay je asrama. Tapi malangnya tiddaaaakk. Aku kene balik juga atas kuasa veto mak. *zaima nak jadi anak solehah kan? dengar cakap mak ok?*  hujah penyedap hati.  Kalau aku duduk jauh aku memang suka kalau ada orang terindu-rindu kat aku ni. acewaah. Dan pasti tidak akan ada lagi pembulian berleluasa di rumah. 

"Adik, tolong amek air..pastu lap meja ni. Tadi anak kak Ngah makan."
"Adik gosok baju ni....licin2. jangan sampai  patah said"
"Adik pas ni masakkan....."
"Adik, kak Long nak keluar kejap. Boleh tinggal baby ngan awakkan?"

Dan AKU???  tidak boleh berkata tidak *muka kelam*
Kenapa aku cakap aku tidak boleh berkata tidak?

Alasan:

a) Aku selalu berada di rumah. Jadi peneman mak dan abah. hikhikhik.
b) Sebab abang kakak aku pun banyak tolong aku kalau papehal (konon nak balas budi la)
c) Sebab aku sebab aku sebab aku....


Now tell me, sape cakap anak bongsu manja??!! meh sini . Yang pasti surat JPA aku masih belum dijumpai. Doakan habis je taip ni tiba-tiba muncul surat tu ok? gguuud~

                                                                                  ***

Ok, aku sangat tak suka kalau mak aku singgah suka-suki bilik aku. Tapi sejak akhir-akhir ni tu dah macam tabiat pulak. Mak, tolong mak...bunga kertas mak lagi perlukan pemerhatian dan penjagaan yang lebih rapi. Last saturday tengah syok-syok layan Life Unexpected dalam bilik tiba-tiba terjengul muka mak depan pintu. Ok, tujuan mak yang satu adalah meminta tolong masukkan benang dalam lubang jarum yang cinonet tu. Tapi aku jadi tak tentu arah sebaik mak melabuhkan punggungya atas birai katil. Kulihat matanya mula meliar kesana-sini. Agaknya kalau mata mak punya laser boleh tembus segenap penjuru bilik tuu. Duuh. Tiba-tiba...

"Dik, bila nak kemas bilik ni? semak sangat la. Buku-buku yang tak pakai tu jual la."
"Alaa...nanti adik kemas laa. Lambat lagi nak pegi." <=== Alasan tiap-tiap minggu.
"Bukan masalah lambat ke cepat. Baik cek takut ada anai-anai." Kata mak seraya keluar. 

Zzzzaaaappppp !!! aku terus bangun duduk. Terus rungutan kakak aku dua-tiga minggu sebelum itu mengatakan sijil-sijil sekolahnya telah rosak dimakan anai-anai menerjah di kepala. Ohh nooooo ! sepantas deruan Ferrari aku keluarkan kesemua buku-buku baik di bawah katil, atas alamari, tepi almari, celah meja... dann..

Eeeeeuuuwww eeeuuuuwwww. Kataku dengan gediknya. *mulut tu sila muncung juga, kalau tak muncung tak jadi*


Terus panggil abah kat bawah dengan cemasnya seperti kali pertama Kak Long nak bersalin dulu. Abah naik je terus beristighfar panjang. Kesian abah mesti abah susah hati lagi pas ni. *sila sedih semua*
"Kan mak dah cakap..." kata mak di belakang abah. Serentak itu air mataku menitis. (Nota: Ini over). Abah tarik lagi keluar buku-buku yang ada dan menyuruh aku bawa turun ke luar rumah. Kumpul satu tempat. Dan aku terus terpandang buku History Young Men. Tanpa rasa geli lagi aku menyelak-nyelak dengan harapan buku masih selamat. Tapi alangkah malangnya nasibku... Mengikut signature di  muka surat hadapan buku ini dibeli  di Pesta Buku Antarabangsa PWTC, tahun 2005. 

Dear Anai-anai, pasti anda binatang paling genius di abad ini.

Akhirnya pembersihan bilik pun dimulakan. Kali ni betul-betul ikut cakap mak. Takde sekejap-sekejap. Takde nanti-nanti dah. Tapi Alhamdulillah disebalik tu semua masih banyak buku aku, kakak-kakak aku yang masih selamat. Kira-kira hanya berbelas buku sahaja yang rosak. Termasuklah almari. Tak perasan pun selama ni almari buku tu dah senget. *kuangkuangkuang.* Reput dimakan si genius anai-anai. dan tahanlah sekejap dengar abah berceloteh. Marah sebab tak tengok awal-awal. I'm sorry, my bad, my sin, my mistakes. Shouldn't have do that. 




Tapikan masa keluarkan segah-la novel ni baru perasan macam kureng je.. Ni mesti kes ada yang pinjam tak pulang gaya buat harta sendiri, kes hilang entah letak mana, kes kene rampas oleh guru di sekolah. oops! bisnes novel ye kau zaimaa. ahaaha.. ;)





                                                 







*old picture*. Kegilaan terhadap Hlovate 

*old picture*  kebanyakan dihadiahkan. Maceh pada korang yang perabih duit .

Tetiba malam tu jalan-jalan di Borders, novel ni sangat menarik perhatianku. Konfem kalau beli jugak malam tu aku mesti tidur luar rumah. Sungguh mak tak main-main.


mak please mak please. Nak Dua ni aje sebab belum baca lagi. Bukan apa mak kalau tak, boleh pinjam kat Athira tapi tiba-tiba dia MIA*  sekarang ni.

Sesiapa yang rapat dengan aku pasti dah paham sangat kegilaan aku pada buku-buku, novel-novel senang cite ape pun jenis bahan bacaan pun lah. Sekolah dulu aku rela tak makan time rehat. Sanggup tunggu makan tengahari kat Dewan Makan asrama je. Nak jimat punya pasal. Nak kumpul duit, nak pegi pesta buku, expo buku segala yang buku-buku tu laah. Dan kegemaran ini dikongsi oleh kakak-kakak aku. Dorang slalu kecek aku beli buku tu buku ni sebab dorang nak tumpang bacaaa! dan sebagai adik yang suci lagi murni aku akur juaa...sebab termakan dek pujuk rayu mereka. 

Dan aku memang wajibbul ghunnah akan baca novel dulu baru tengok drama dan movie yang ditayangkan di TV. Baik Melayu-Indonesia mahupun dari Barat. Yeaah. Bagi aku, cerita apa pun tak boleh lawan imaginasi aku sewaktu membaca novel. HAHA. *gelak tutup mulut*


*MIA = Missing In Action. 

p/ss: Malam semalam mimpi bergambar dengan Patricia Cornwell bersama buku baru  mereka.   Duuhh !! Luar alam sungguh. Tapi ok sikitlah kot daripada mimpi malam sebelum tu. Mimpi jadi juri  Masterchef !!!! *gelak tutup mulut lagi* berdiri sama tinggi Chef Adu dan Duduk sama rendah Chef Jo. Sungguhlaaa...

Tapi apa-apa pun hanya satu yang akan aku bawak sampai mati. Ingat ehh zaima, si Cornwell tu takdenya nak ngingat kau kalau kau mati nanti. Stephenie Meyer pun tak kenal kau. Samalah si Stehen King dan Robert T. berdaki. ehh? Robert T. Kiyosaki tuu.  Semua tu hanya dunia semata-mata. eceehhh.

Quran tafsir. my syggggsss. tenkiu mak <3

Bukanlah kata Quran ni masuk sekali  dalam kain kapan nanti. Tapi hat nilah InshaAllah jadi pembela kau kelak.

CBN's residence
*pembuli*

Katakanlah: Sesunggunhya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam
6:162
READ and HEED






1 comment:

Anonymous said...

Kero here...hahhahaa...bebel ye???hhahah..sy pon sme laaa..sume jns buku novel sume de..., my syggggssss too...sggup miskin tuk dpt buku..hahahaha