Pages

Monday 26 November 2012

DUDUK DIAM UNTUK GAZA. @ KLCC

Assalamualaikum !

yeahh. yeahh. semangat membara-bara yeahh. Ok, back to the bisnes, semalam iolls with sister, nephews, nieces and cousins are going to DUDUK DIAM UNTUK GAZA di KLCC. *tepuk tangan.* ooseemm. Kami berkonvoi cik Kiah ke sana demi menunjukkan solidariti, kebenda alah tu? keprihatinan rakyat Malaysia khususnya terhadap saudara-saudara kita di Gaza dan Syria. ohhh. Kenapa duduk diam? duduk diam je ok murid-murid bukannya terpaksa jadi patung-tahan nafas bagai macam flashmob aritu. Motif 'DUDUK DIAM' ini adalah memperli mereka-mereka-dan mereka yang masih duduk diam, tidak alert  dan masih tidak peduli tentang isu ummah ini. Biar kita gedebuk-gedebang-gedegang  post dan tweet di laman sosial pun tapi masih ramai masih ramai, dan terlalu ramai yang buat tak tahu lagi. Mampukah kita bersoal-jawab di hadapan Allah kelak kurang lebih begini:

Allah:  Wahai si polan (orang islam) siapakah saudara-saudara kamu?
Si polan (yang buat tak tahu isu ummah sewaktu di dunia):  Seluruhhhh umat Islam adalah saudara-saudaraku ! 

#TheHeck ? Kau sikitpun tak berganjak dari kerusi goyang kau sambil baca surat-khabar tetiba tak malu nak ngaku seluruh umat islam adalah saudara kau? eeeeeee..shame, shame tak maluuu. 

Biarlah kita mati dan sudah memang bersedia sebenar-benarnya jawapan kepada Allah kelak. Dan salah satunya tentang saudara-saudara kita. Belum lagi soalan-soalan lain berkenaan amalan kita. 

* * *

Senanya nak dijadikan ceghita, i have to come early. tapi biasalan perempuoon kan. semalam juga macam-macam hal nak diselesaikan. Bersamaan rakyat jelata si anak buah-buahan untuk mengikut jadi terlambat lah. tren yg super laju (eheem) tu pun rasa lembap dari si siput. Sahabat dari India pun dah lama sampai zaimaaa oiii.



Dengan semangat gahnya tiba, sekali memakai mafla cecepat call si sahabat: Kero. Kero bagi sokongan lagi untuk mencelah masuk barisan. iolls pun menurut la kan.  Tanpa rasa malu tetiba terjah datang terus duduk. entah mane-mane kitorang mencelah masuk. Tapi akhirnya kerana mengenali beberapa akhawat dari Weekenders Club, dia mengajak kami untuk mengikut mereka, dapatlah kami duduk depan sikit. dalam barisan bebrbentuk huruf  'F'.  yeayy !



Yang ikhwah dari Syria ni barisan sebelah membentuk huruf R. Siap pandang ko ye, suka no aku nangkap gambar. *sori la tergegar sikit bro. Menggeletar tak tahan pandangan tu. cewahh. Bila dah duduk tu ada lah kene ngejas sikit. Tetiba geng photographers diminta turun dari Skybridge kerana Skybridge ditutup pada 530 pm. Dengan berat hati terpaksa lah mereka turun ke Kinokuniya. Kami di bawah masih giat membentuk huruf.

mula membentuk huruf.

nephews ;)

nieces ;)

Akhirnya inilah hasil kesatuan jiwa-jiwa rijal dan pejuang yang mengalir dalam batang tubuh kerdil ini.


Le Photographers

Kemudian, kami diperdengarkan ucapan yang berapi-api oleh Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad. Memang extra-over-intoxicated la kan bila nampak Dr. Hafidzi ni dari kejauhan. Orang kuat turun padang wehh.


Berseru-seruan 'Hancur-hancur Israel' 'Save Syria' 'Free Gaza' dan banyak lagi. Siap hentak-hentak kaki ke tanah sewaktu menjerit Hancur-hancur Israel. Seiring dengan itu terasa bergegar batang tubuh. Semangat yang teramat menyelubungi diri. Allahu. Bergema-gema dalam kepala. Kemudian ucapan seterusnya yang tidak kalah api juangnya oleh seorang ikhwah dari Syria. Mesejnya sama ingin menghentikan kekejaman  rejim tentera Bashar Al-Assad di bumi Syria.


hujan rintik-rintik...jiwa bergelora...

Last but not least, doa yang dibacakan oleh Dr. Hafidzi begitu menusuk sehingga ke tulang-temulang kami. Rahmat yang merintik-rintik umpama meredhai usaha kecil kami ini. Berakhir saja doa, kami mula bangun . Sementelah jarum jam juga sudah menghampiri  nombor 7, bermakna waktu maghrib semakin hampir. Awan malam mula menutup langit. Sedikit gambar buat tatapan peminat ku. owhh ;) hehe


ikhwah bersama Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor

KAMI the series of next Mujahideen

Semoga antum terus berjuang menghadiahkan diri dalam keretapi jihad ini.


w sis, nephews. *kesian Hakim terpaksa mencelah. Nak lawan taukeh-taugeh yee

Selepas berkelip-kelip flash menangkap gambar, akhirnya (dah berapa kali akhir dah..) kami mula berjalan ke Masjid As-Syakirin untuk menunaikan yang wajib dan meninggalkan yang harus. Ok, Solat time !! Selepas solat kami berkumpul. Mereka dari Weekenders Club mula mengira wang kutipan. Alhamdulillah dengar-dengar mencecah RM8500+++. Waahhh...Alhamdulillah. Terima kasih kepada masyarakat yang ringan menghulurkan sumbangan. Semoga dengan beratnya tabung-tabung ini, beratlah juga timbangan Al-Mizan kita di akhirat kelak. Amin !

cousin. 

cousin lagiii.

Pecayalah Ammar, setiap titik peluh, lapar dan dahaga Ammar yang turut sama menjerit, melaungkan, plus berlari-lari di masjid menjadi saksi buat ahli syurga seperti Ammar dan yang lain-lain.

Menghampiri jam 845 malam kami mula bergerak meninggalkan perkarangan masjid dan menuju ke jalan yang benar. (Masjid tu tak benar ke zaimaaaa???). Masing-masing mula keletihan namun masih bersemangat. Mengambil tren dan pulang ke rumah.

Sulha dan Syahindah penat sangat sampai patah pinggang.

Ammar: kau pahal ?? aura mujahid dah keluar.

Setibanya di rumah, ada tetamu pula datang. Dengan badan yang keletihan dan mata kuyu (Nota: Ini over) dengan rela hati kami melayan si kecil Ezzara. Anak kepada sepupu yang datang bertendang-tendang. Baby Ezzara pun bersemangat menunjukkan solidaritinya terhadap Gaza ;)

Save Gaza




Alhamdulillah. Tetiba terasa emosi terlebih sukatan. Entah bila lagi boleh joint event2 osem cenggini. Kang dah bertapa kat tengah hutan entah berkesempatan lagi atau tidak. Tape Zaima kau yang pilih nak duduk tengah hutan Amazon tu kan. Demi sambung belajar jugokkan. Inikan salah satu jihad juga. InshaAllah masih banyak terbuka peluang untuk kau terus bergiat aktif dalam Aqsa Syarif. 

p/s: Kalian teruskan berkarya dalam betuk yang kreatif ini. Teruskan memeperjuangkan nasib saudara-   saudara kita di sana. Sesungguhnya tugas kita ini tidak akan pernah berpenghujung sehingga akhir hayat. Sehingga kita mampu bersolat dan bersujud di masjidil Aqsa tanpa perasaan takut lagi. Itulah kebebasan hakiki.

p/ss: Foto-foto di atas adalah dari hak milik cipta terpelihara cop sirim Zinnera Zaima. Dan dicuri dari beberapa orang atas kebenaran. Jazakallah khairon kathira Nik Nur Syafiqah, Afiq Sazlan, Aqsa Syarif dan Weekenders Club atas peluang pahala percuma ini. semoga Allah redha. Ohh yee ;) 

Poster osem yang di 'hadiahkan'. Bukan kau mintak ke zaimaa? ahahaa. Enough said. 


credit to ameer.nzmi

Semoga Allah redha ;D

"Whoever does not take interest in the muslim is not from among us"

5 comments:

Hakimi said...

Coretan yang terserlah kemeriahan dan semangat! Mumtaz! Moga kita semua diberi peluang da tetap istiqamah untuk perjuangan ini, insha'Allah..

Unknown said...

Amin. Amin. Semoga kita terus semangat dlm highway jihad ini.

senyumSOYA said...

salam.... smgt bwak anak buah ya.. saua jannah ^^ y bwak akak n the gang p duduk kat huruf EE rite? heee ^^,

may Allah bless what we did.IA ^^

Anonymous said...

nice!
semoga jd saham kita dekat sana nnt, insyaAllah. :D

-zainab-

NikNurSyafiqah said...

ehh ehh, ada kebenaran ke? :p