Pages

Tuesday 20 November 2012

gula-gula ukhuwwah sebati dengan tepung penaik sakinah.

Assalamualaikum. 
entahh. rasa macam jual-ikan (selfish) pulak bila dah saat genting dan kecoh haru biru gini baru nk post di facebook dan twitter and now blog it !  Gaza.

bila baca status Angel Pakai Gucci yg lebih baik masa haru biru dan kecoh ginilah post drpd tak mnunjukkan malah tak rasa langsung utk rasa kesedihan better pegi check-in hosp ok? sukat tahap perikemanusiaan kau tuu. tapi aku tak salahkan orang yg tak post even tak tweet pun pasal isu global ni sbb mane tahu org-org gini yg mnderma lagi banyak drpd org mcm aku. yeahh. reality check. sbnarnya kesedaran tu bukan shj dlm alam maya.. malah di luar kelompok 'kita-kita' ni masih ramai yg zero dan tak faham erti perjuangan mereka di sana. di Palestin, Syria, Rohingya, Iraq dll.

sebahgai aktivis kemanusiaan ni mmng aku suka-rela-wan sangat dalam bab macam ni. kalau dulu sebelum terjun menjadi salah seorang daripada aktivis ni aku pun mengeluh kenapa asyik nak kutip derma je. palestin tak henti-henti jugak berperang. barangan dan duit yang nak disalurkan tu pun entah sampai ke idak. kena sekat dek isra-hell tu lagi. hahhh ! ni la hujah-hujah si jahiliyah aku dulu. tapi Alhamdulillah...Allah tu syggggggggggggggg. aku. aku ditarik dan dipilih diantara yg bertuah itu merasai nikmat-Nya. bila sahaja berkumpul dlm mesyuarat atau pertemuan dan membuat halaqah terasa ukhuwwah itu lebih manis dari air gula yang korang nak bancuh buat sirap tu.

Alhamdulillah ;)

Masjid As-Syakirin KLCC bersama Weekenders Club.


*taaruf* 
kat sebolah sano nu haa geng lelaki. malu den ehh nok nangkap gambo dokek-dokek.


ni latest picture yang diambil sabtu lalu sewaktu berkumpul sebelum menjalan aktiviti  mengutip dana untuk Syria. kenapa ye? kenapa kami sibuk-sibuk mngumpul dana untuk Syria walhal Gaza baru sahaja diserang dengan dasyatnya oleh Isghoil ni. *senyum*

Sesungguhnya tugas buat ummah ni takkan dan tak pernah berpenghujung. bukanlah kata bila sibuk si Syria kami lupakan Si Gaza dan Rohingya. bukan juga aunty Iraq serta si manis Tunisia. waah. kami dari Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Gombak (sini) dan (sini) dan Aqsa Syarif Berhad (sini) begitu komited dalam menjalankan aktiviti yg tersangat-sangat OSEM, ceramah, talk, perkongsian (sharing), mengutip dana utk negara-negara bergolak ini. 

kalian...sedarlah bahawa isu Palestin bukan sahaja isu rakyat Arab sahaja. tapi isu seluruh umat Islam. Masjidil Aqsa itu adalah hakmilik kekal umat Islam. takkan pula kita mahu mengejutkan Salahuddin Al-Aybbi dari kuburnya demi membebaskan Palestin lagi? jadi dimanakah kita ? di saat kita seronok bercuti umum pada Maal Hijrah yang lalu Palestin dibedil lagi lagi dan lagi dan mengorbankan ratusan rakyatnya lagi. salah seorang drpd mereka adalah As-Syahid Al Jabari (sayap kanan pimpinan Al-Qassam) . Pembunuhan terancang yang memang ditarget oleh zionis. (sini)

Allahuakhbar. Syria pula atau nama asalnya Syam. Tanah yg mnjadi saksi  nabi-nabi dan para Rasul pernah sampai ke sana. Termasuklah Nabi Muhammad yg mengikut bapa saudaranya berniaga di Syam..tapi kini .mempunyai pimpinan kerajaan yg kejam zalim dan tidak berperikemanusiaan. genetik kekejaman Bashar Al-Assad ini diperturunkan oleh ayahnya Hafez Al-Assad yg trsngatlah zalim. jika diselusuri sejarah Hafez Al Assad bukanlah manusia kerana menyembelih, membunuh, menembak dan apa jua bentuk kezaliman atas umat Islam suatu ketika dahulu. bagi mereka yang  berfahaman Syiah, darah orang  Islam Sunni itu HALAL utk mereka. Allahu. bandar yang paling teruk dibedil oleh tentera Bashar adalah kota Aleppo kerana majoriti umat Islam bermastautin di sana. dan hanya satu bandar bernama Taktus sahaja yang tidak diusik oleh tentera Bashar Al-Assad kerana apa? silalah kalian yang bijak pandai bestari meneka..

Pada mulanya kami (team IKRAM Gombak dan Weekenders Club) berkumpul  di KLCCdan berhajat ke Masjid Jamek tetapi oleh kerana Rahmat turun mencurah-curah membasahi bumi sehingga ke waktu zuhur kami tidak boleh bazirkan masa dan mula bergerak dalam masjid As-Syakirin KLCC dan terus ke KL Sentral. 


gula2 ukhuwwah dan apple pie mahabbah. *yummy !

Pada mulanya memang kami tidak meletakkan harapan yang besar untuk mengutip sebanyak-banyaknya dana kerana kami lebih ingin create awareness membina kesedaran kepada masyarakat tentang isu ini. Sementelah sekuriti di Kl Sentral juga agak ketat. Kami pernah meminta untuk mengadakan Grand Flashmob di sana dan tidak mendapat kebenaran. *cerita lama dijadikan pedoman. Kami mula mengedarkan risalah kepada orang ramai disamping bercerita-cerita. Alhamdulillah walaupun ramai yg mcm nak-tak-nak-ke-nak pun dengar jugak. yg rushing semacam kejar tren pun ada. yang terus berlalu tanapa mengendahkan kami pun ramai. tapi sikitpun semangat tak luntur kerana kalau dakwah itu mudah dan senang masakan Nabi Muhammad yang osem tu dibaling batu sewaktu menyebarkan Islam. tak gitu murid-murid?

Allah maha penolong. Sepanjang kami mengutip dana di sana, lincah bergerak ke sana- kemari, peluh mermercik dan mengharungi onak dan duri (Nota: Ini over) tidak sedikitpun sekuriti datang menghampiri kami. walhal kami yang akan lari-lari ternamapak mereka. dorang wat lek je. haha. klakar jugak. apabila menghampiri jam 4 kami mula perlahan-lahan berhenti kerana memang target utk sampai Asar saje. dan waktu ketika itulah ramai pula orang yg lari kpd kami utk masukkan sendiri sumbangan mereka tanpa perlu kami main police-entry dengan mereka. Itulah Malaysia. nicee..Allah tu maha penolongggg. tak tahu kalau Allah tak tolong. mesti kami tak dapat lakukan dengan jayanya. Alhamdulillah ;)

mengumpul dana dalam satu tabung.


org kuat. Weekenders dan IKRAM

Sewaktu sesi gambar ramai-ramai aku terperasan sorang ni mcm familiar. org tu pun main-main mata sesenyum . ehh? ek enaa. dia yang  feymes ke aku yang perasan lebih? sekali teleng tetiba dia dah  dtg berborak ngan geng lelaki. rupanya Imam Muda Nasir musim ke-3 dari Tanah Indon tuu..

Beria dia nak bergambar ngan iollsss tau. kuikui~

terlebih pencahayaan


Sebenarnya ramai lagi yang joint tapi ada yang mempunyai urusan lain dan pulang terlebih dahulu. Kalian..ini lah usaha kecil dari kita yang tidak seberapa berbanding mereka yang berjuang syahid di sana. moga kita ada jawapan di hadapan kelak. moga Allah redha ;)





No comments: