Pages

Saturday, 18 May 2013

geehh.

Assalamualaikum !

Masih dalam mud cuti. Masih duduk di rumah. Masih bergelar seorang anak. Lama tinggal laman blog. (bajet ramai followers, puihh.) Dua kali try nak masukkan password. Kah !

Tak tahu nak cerita apa. Sebab banyak cerita untuk diceritakan. Terasa gatal je kaki nak melangkah. Nak pergi bercuti, nak tadabbur alam atas bukit, nak backpacking macam haritu. Ke Melaka ke Terengganu ke Ipoh,  ke Pilah. Oh myyy...tapi fulus benar-benar di hujung tanduk.

Hati resah. Result nak keluar tak lama lagi. Doakan.

Tahun ni dapat anak saudara-dua orang sekaligus! cucu kesepuluh dan kesebelas keluarga besar CBN. Alhamdulillah. Tapi baru balik cuti ni la pun dapat jumpa. Dah besar dah pun mereka. Kah! Kah!

Sambutan hari lahir 3 kali tahun ni. Terima kasih rakan sekelas. Terima kasih rakan bilik, jiran bilik, jiran sebelah-menyebelah bilik, terima kasih untuk air busuk kalian. Saya kenang hingga akhir hayat. (masa form 5 lagi teruk kena kat asrama dulu. Rindu!)

Dungun.

Pantai Tanjung Bidara (kot), Terengganu.



jernih.


Petang. 

Kuala Pilah

Nuang, Pahang

Meet Dora Alias Fina

Gadis April.


Kami merantau, tak ada duit pun. Tapi konon nak jadi adventurous people. Seronok. Jumpa dengan Pak Cik Ismail dalam bas. Sempat borak pasal politik dll. Jumpa Fina yang di diagnos mengidap Asperger's Syndrome. Jalan-jalan tangkap gambar, beli keropok buat teman-teman yang pesan, tidur dalam Masjid di Muadzam Shah sementara tunggu bas pukul 12 am. Memuji betapa indahnya dunia. Selalu aku ingat aku dah paling susah, tapi ramai lagi yang susah.

Back to Kuala Lumpur. Jalan-jalan Pasar Seni. Makan Turkish aiskrim. macam chewing-gum. Kemas rumah baru abang dalam kuarters Kem Kementah, ke Bookfair perabihkan voucher buku tu, terserempak dengan Sis Zabrina !, terserempak juga dengan bestest friend ever, Raja Syahirah sambil memborong buku. Alhamdulillah, lama tak jumpa. Terlerai rasa rindu. Menolong pape yang patut di bilik gerakan dan pada hari mengundi (tak mengundi lagi, just warm up!) Duduk rumah jaga anak-anak-anak- saudara yang ramai itu. 



Catatan Kaki: Sedang membaca buku puisi dan catatan, Stabil karya Fared Ayam. Indeed. Menyempatkan diri jugak khatam sejarah Malcolm X atau Malik Shabbaz Al Haj. Selain tu dah baca Anthem dari Hlovate. Seronok! tapi rasanya Contengan Jalanan lagi kick!



Apa pun, moga Allah redha.



Wednesday, 13 February 2013

All this feeling.

Assalamualaikum .


you  know that feeling when all you feel is like being away
from everything, everyone in life.
Like all you want to do is be alone, sit in the silence,
to think, to be peace. To look at life from the outside, 
having no connection to the real world, friends, acquaintances...
I dont know if whatever im feeling is describable or even makes sense.
 It just feels like everythings magnified.
I dont think i can ever really say what i want to say.
No one really listens, we judge.

I want private, I want anonymity.
Youll see me, but you wont know me.



Wednesday, 16 January 2013

HIJAB

Assalamualaikum !




What do you see when you look at me?
Do you see someone limited or someone free?
All some people can do is just look and stare
Simply because they cant see my hair
Others think I am controlled and un-aducated
They think I am limited and un-liberated
They are so thankful that they are not me
Because they would like to remain free
Well free isnt exactly the word I would've use
They think that I do not have opinion or voice
They think that the hood makes me look caged
That my hubby (emm, someday) or dad are totally outraged
All they can do is look me in fear
And in my eyes there is a tears.
Not because I have been stared at or made fun of but
Because people are ignoring the one up above

On the Day of Judgement they will be the fools
Because they were too ashamed to play by their own rules
Maybe I declined from being a guy's toy 
Because I wont let myself controlled by a boy
Real men are able to appreciate my mind
And aren't busy looking at my behind

In the back of their mind they wish they were me
We have the strenght to do what we think is right
You see we are not controlled by a mini skirt and a tight shirt
We are only given only respect and never treated like a dirt
We are teh ones that are free and pure
So when people ask how you feel about the hood
Just sum it by saying "baby it is all good."



Tuesday, 8 January 2013

tired.

Assalamualaikum .

Being an art student ain't that easy.  haha. betul la tuu. nak hupdate benda alah ni pun macam terasa rugi je masa. memang dah gaya sendiri kalau tido atas B3, sambil pensel tu lekat kat celah jari..bermain dengan    aerosol goncang-goncang macam  bartender kat club. masih lagi baru. masih bertatih. dulu tolak Foodtech. tolak jugak English. bila dah pilih yang ni, harap-harap ini la yang terbaik. terbaikk wooo~ 

Mengarut. *sigh* 

Malam-malam roommate tido. macam kacau pulak lena dia dengan lampu semata-mata nak siapkan design atau artwork yang menunggu masa. seram-sejuk-panas-suam sikit bila dengar artwork S2 (baca: kelas) dibaling depan mata. menangis bercucuran la tu jugak ! sungguh, itu adalah kritikan paling membina setakat ini. 

Bila dengar jugak artwork yang cuma menampilkan titik secoet di atas kanvas  boleh dijual hingga RM10k, terasa semangat lagiii. sungguh semangat. lagi, interview JPA pun Alhamdulillah selamat. maintain pointer? InshaAllah. tiada perancangan yang hebat melainkan perancanganNya sahajaa. hmm, i believe Allah has a bigger plan for me than i had for myself.


*sambung coding*

w nyna yg serabut selepas funda art.

*menguaptutupmulut*
2:04am
8Jan2013

lambat lagi nak main aerosol tapi geramm je. 

cucuk earpiece dalam telinga. Biarkan alam sekeliling membisu kerana Linkin Park sahaja yang berdentum di telinga. Numb.


It is ok to be human. It is normal to feel down and low. Take time and gain back the strenght after it.













Monday, 31 December 2012

dia...dah bertunang .

Assalamualaikum !

huwaaaa !! sedih campur gembira. sedih sebab tak dapat hadir. Gembira sebab dia dah lepas. Sebelum ni bila dengar kawan-kawan lain-yang-tak-rapat-sangat nak bertunang ohh macam wahh, tahniah ! cepatnya ! betul seru dah sampai depan muka la ni. tambah tambah yang duduk jauh seberang-laut nu haa ! then, tiba-tiba one day iolss kat hostel dapat call from bestest-fren-ever-till-jannah. "Assalamualaikum, zaima...(borak2 dulu) banyak gelak banyak ketawa. Zaima, next week, aku nak bertunang !"

*sentap*

 tapi memang before ni dia dah sebut2. ehh, sejak zaman sekolah lagi !
 "kalau aku kawen, kau jadi pengapit aku." 
 "mesti kau kawen dulu. sebab kau matang gila !"
 "kau la kawen dulu, kau kan nak kawen ngan anak pak lebai"<----- ni serius insult iolls tau ! 
 like a girls talk, yang wonder, eh sape ahh nanti bakal imam kita, jadi pemimpin kita...bla bla bla. dan  benda-benda tu berlalu begitu sahaja seiring usia. 



Tapi iolls ngn si Raja ni memangla, kisah dia boleh buat novel. kut ada produser baca benda alah ni boleh call iolss tau ! huhu. ok, like seriously. "Betol ke Raja? Dengan Mairul?" 
Dan setelah disahkan oleh cop mohor Diraja tu, apa lagi. suka laa. sape tak suka tengok kawan dah jumpa Mr.Right dia. Bakal Imam yang dia dok asyik tanya iools dulu tuu.

Bila fikir balik, teman yang bakal melangkah bersama bakal Imam dia tu adalah seorang yang kita sayang ketat-ketat sebab ukhuwwah yang terbina. Nangis sama-sama, luah perasaan sama-sama, study sama-sama, gelak-tawa sama-sama, gayut sampai abis kedit sama-sama, dia yang tido-bilik-lain-tengah-malam-datang-rempuh-atas-badan-orang-peluk-sejuk sama-sama (ni masa sleepover kat umah dia). Allahuakhbar. Kenangan tu, takkan pernah padam. Paling kompleks nak ajar Sejarah time SPM kat dia ni macam ieeyyyy ! mujur anak orang. Tu je la yang iolls pikir. wakakaka~

Tapi kini, dia selangkah awal, ehh bukan dua langkah awal? jumpa bakal Imam tu dan sudah bertunang. Kau? haha.  Tahniah. iolls sendiri pernah jumpa Mairul-yang-pecut-antar-iolls-kat-KL Sentral tuu. InshaAllah dia yang mungkin tidak sempurna tapi terbaik dalam memimpin kau, sahabat 




18 tahun, mungkin bagi sesetengah orang satu umur yang terlalu muda. Baru nak kenal hidup. Baru nak mulakan hidup. Tapi bagi iools keputusan kau ni yang terbaik kot. Sebab daripada perhubungan sebelum ni. At least, kau dah di'cop' oleh si dia. Masih banyak lagi batas perlu dijaga. Sebab syurga itu terlalu mahal.
Dan melangkah bersama Imam kita.


Mairul, ayah, Raja, ibu.




Maaf, sebab tak dapat hadir. Maaf, sebab mungkiri janji dulu konon nak teman time tunang, time nikah. Tapi percayalah doa itu sentiasa ada untuk sahabat-sahabat. stay cool ;)

Raja Syahirah Syaida, you are Listening to me when im not good in storytelling, when i said same things over and over again. Talking to me as i am the person you only trust. Understanding me when im not understand myself. Give advice when im confused. Become my strenght when i felt tired and discouraged. Keep smiling, dear. Thank you for being here for me. Love you till jannah.




Saturday, 29 December 2012

bag hang !

Assalamualaikum !

Nok ditujukan pado kamu tu deh. Mu dok die jo lah kak sano. Mu ngaji habih-habih dulu. tok soh la nok nanyo, madoh ko hok oghe sini. buke gapo, tok beghehi laaa, tok sedio pong yo jugok ! ambo baghu jah lape belah taungg wehhh...lah mek nah ! kito pong seusghoh ke. mu ni wak malu ambo ko akok naqibah ambo..



Oghe beghani nok tulih pong sebaknyo tahu mu takke baco. soo...wehh, fuh penat gile aku nak speakang klate. budget daebak gila. aku pun tak paham. 

ok. Assalamualikum. tata titi tutu~

Tuesday, 27 November 2012

Si Genius anai-anai

Assalamualaikum !

Ana uhibbukum fillah. Ana....ok2. enough.


Lagi seminggu je bakal meninggalkan rumah. Sangat extra-excited  sebab aku memang suka duduk jauh-jauh ni. Duduk Klang hampir dua tahun pun adalah satu perkara yang menyeronokkan. Setiap kali cuti ada je aku nak join program itu-ini anjuran sekolah. Bukanlah kata tak balik langsung. Tapi kalau aku balik cuma ngadap TV, tido, online dan buat perkara ntahapahapantah baik aku stay je asrama. Tapi malangnya tiddaaaakk. Aku kene balik juga atas kuasa veto mak. *zaima nak jadi anak solehah kan? dengar cakap mak ok?*  hujah penyedap hati.  Kalau aku duduk jauh aku memang suka kalau ada orang terindu-rindu kat aku ni. acewaah. Dan pasti tidak akan ada lagi pembulian berleluasa di rumah. 

"Adik, tolong amek air..pastu lap meja ni. Tadi anak kak Ngah makan."
"Adik gosok baju ni....licin2. jangan sampai  patah said"
"Adik pas ni masakkan....."
"Adik, kak Long nak keluar kejap. Boleh tinggal baby ngan awakkan?"

Dan AKU???  tidak boleh berkata tidak *muka kelam*
Kenapa aku cakap aku tidak boleh berkata tidak?

Alasan:

a) Aku selalu berada di rumah. Jadi peneman mak dan abah. hikhikhik.
b) Sebab abang kakak aku pun banyak tolong aku kalau papehal (konon nak balas budi la)
c) Sebab aku sebab aku sebab aku....


Now tell me, sape cakap anak bongsu manja??!! meh sini . Yang pasti surat JPA aku masih belum dijumpai. Doakan habis je taip ni tiba-tiba muncul surat tu ok? gguuud~

                                                                                  ***

Ok, aku sangat tak suka kalau mak aku singgah suka-suki bilik aku. Tapi sejak akhir-akhir ni tu dah macam tabiat pulak. Mak, tolong mak...bunga kertas mak lagi perlukan pemerhatian dan penjagaan yang lebih rapi. Last saturday tengah syok-syok layan Life Unexpected dalam bilik tiba-tiba terjengul muka mak depan pintu. Ok, tujuan mak yang satu adalah meminta tolong masukkan benang dalam lubang jarum yang cinonet tu. Tapi aku jadi tak tentu arah sebaik mak melabuhkan punggungya atas birai katil. Kulihat matanya mula meliar kesana-sini. Agaknya kalau mata mak punya laser boleh tembus segenap penjuru bilik tuu. Duuh. Tiba-tiba...

"Dik, bila nak kemas bilik ni? semak sangat la. Buku-buku yang tak pakai tu jual la."
"Alaa...nanti adik kemas laa. Lambat lagi nak pegi." <=== Alasan tiap-tiap minggu.
"Bukan masalah lambat ke cepat. Baik cek takut ada anai-anai." Kata mak seraya keluar. 

Zzzzaaaappppp !!! aku terus bangun duduk. Terus rungutan kakak aku dua-tiga minggu sebelum itu mengatakan sijil-sijil sekolahnya telah rosak dimakan anai-anai menerjah di kepala. Ohh nooooo ! sepantas deruan Ferrari aku keluarkan kesemua buku-buku baik di bawah katil, atas alamari, tepi almari, celah meja... dann..

Eeeeeuuuwww eeeuuuuwwww. Kataku dengan gediknya. *mulut tu sila muncung juga, kalau tak muncung tak jadi*


Terus panggil abah kat bawah dengan cemasnya seperti kali pertama Kak Long nak bersalin dulu. Abah naik je terus beristighfar panjang. Kesian abah mesti abah susah hati lagi pas ni. *sila sedih semua*
"Kan mak dah cakap..." kata mak di belakang abah. Serentak itu air mataku menitis. (Nota: Ini over). Abah tarik lagi keluar buku-buku yang ada dan menyuruh aku bawa turun ke luar rumah. Kumpul satu tempat. Dan aku terus terpandang buku History Young Men. Tanpa rasa geli lagi aku menyelak-nyelak dengan harapan buku masih selamat. Tapi alangkah malangnya nasibku... Mengikut signature di  muka surat hadapan buku ini dibeli  di Pesta Buku Antarabangsa PWTC, tahun 2005. 

Dear Anai-anai, pasti anda binatang paling genius di abad ini.

Akhirnya pembersihan bilik pun dimulakan. Kali ni betul-betul ikut cakap mak. Takde sekejap-sekejap. Takde nanti-nanti dah. Tapi Alhamdulillah disebalik tu semua masih banyak buku aku, kakak-kakak aku yang masih selamat. Kira-kira hanya berbelas buku sahaja yang rosak. Termasuklah almari. Tak perasan pun selama ni almari buku tu dah senget. *kuangkuangkuang.* Reput dimakan si genius anai-anai. dan tahanlah sekejap dengar abah berceloteh. Marah sebab tak tengok awal-awal. I'm sorry, my bad, my sin, my mistakes. Shouldn't have do that. 




Tapikan masa keluarkan segah-la novel ni baru perasan macam kureng je.. Ni mesti kes ada yang pinjam tak pulang gaya buat harta sendiri, kes hilang entah letak mana, kes kene rampas oleh guru di sekolah. oops! bisnes novel ye kau zaimaa. ahaaha.. ;)





                                                 







*old picture*. Kegilaan terhadap Hlovate 

*old picture*  kebanyakan dihadiahkan. Maceh pada korang yang perabih duit .

Tetiba malam tu jalan-jalan di Borders, novel ni sangat menarik perhatianku. Konfem kalau beli jugak malam tu aku mesti tidur luar rumah. Sungguh mak tak main-main.


mak please mak please. Nak Dua ni aje sebab belum baca lagi. Bukan apa mak kalau tak, boleh pinjam kat Athira tapi tiba-tiba dia MIA*  sekarang ni.

Sesiapa yang rapat dengan aku pasti dah paham sangat kegilaan aku pada buku-buku, novel-novel senang cite ape pun jenis bahan bacaan pun lah. Sekolah dulu aku rela tak makan time rehat. Sanggup tunggu makan tengahari kat Dewan Makan asrama je. Nak jimat punya pasal. Nak kumpul duit, nak pegi pesta buku, expo buku segala yang buku-buku tu laah. Dan kegemaran ini dikongsi oleh kakak-kakak aku. Dorang slalu kecek aku beli buku tu buku ni sebab dorang nak tumpang bacaaa! dan sebagai adik yang suci lagi murni aku akur juaa...sebab termakan dek pujuk rayu mereka. 

Dan aku memang wajibbul ghunnah akan baca novel dulu baru tengok drama dan movie yang ditayangkan di TV. Baik Melayu-Indonesia mahupun dari Barat. Yeaah. Bagi aku, cerita apa pun tak boleh lawan imaginasi aku sewaktu membaca novel. HAHA. *gelak tutup mulut*


*MIA = Missing In Action. 

p/ss: Malam semalam mimpi bergambar dengan Patricia Cornwell bersama buku baru  mereka.   Duuhh !! Luar alam sungguh. Tapi ok sikitlah kot daripada mimpi malam sebelum tu. Mimpi jadi juri  Masterchef !!!! *gelak tutup mulut lagi* berdiri sama tinggi Chef Adu dan Duduk sama rendah Chef Jo. Sungguhlaaa...

Tapi apa-apa pun hanya satu yang akan aku bawak sampai mati. Ingat ehh zaima, si Cornwell tu takdenya nak ngingat kau kalau kau mati nanti. Stephenie Meyer pun tak kenal kau. Samalah si Stehen King dan Robert T. berdaki. ehh? Robert T. Kiyosaki tuu.  Semua tu hanya dunia semata-mata. eceehhh.

Quran tafsir. my syggggsss. tenkiu mak <3

Bukanlah kata Quran ni masuk sekali  dalam kain kapan nanti. Tapi hat nilah InshaAllah jadi pembela kau kelak.

CBN's residence
*pembuli*

Katakanlah: Sesunggunhya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam
6:162
READ and HEED